Sepupu Suami Song Seon Mi Dipenjara Seumur Hidup

Lelaki yang disyaki mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh pengarah seni Go Woo Seok, yang juga suami kepada Song Seon Mi didapati bersalah dan dihukum penjara.

Lapor media Korea, hukuman tersebut dibuat oleh mahkamah dalam perbicaraan yang berlangsung pada 11 April lalu.

Pada Ogos tahun lalu, netizen Korea dikejutkan dengan berita suami pelakon drama Lookout itu dipercayai mati akibat dibunuh oleh saudara sendiri.

Salah seorang sepupu mendiang yang dikenali sebagai "A" sebelum ini dikatakan membayar KW2 juta kepada seorang lelaki untuk membunuh mangsa.

Agensi Song Sun Mi telah mengeluarkan kenyataan menyatakan serangan itu dilakukan ketika suami aktres itu sedang membantu abangnya dengan berusaha untuk merebut kembali aset hartanah yang telah disita secara haram menggunakan dokumen palsu.

Pengadilan Distrik Pusat Seoul akhirnya memutuskan "A bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.

"Dia perlu diisolasi dari masyarakat untuk waktu yang tidak terbatas," kata pihak pengadilan.

Manakala pembunuh upahan yang diupah "A" dijatuhi hukuman 22 tahun penjara pada 16 Mac lalu.

Sementara itu, Song Sun Mi turut menghadiri perbicaraan tersebut ditemani saudara perempuan mendiang suaminya. Dia hadir sehingga persidangan selesai lalu beredar meninggalkan mahkamah secara senyap-senyap.
Sepupu Suami Song Seon Mi Dipenjara Seumur Hidup Sepupu Suami Song Seon Mi Dipenjara Seumur Hidup Reviewed by Kakigosip on 13:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.