'Semua dirancang...'

AHAD lalu, insiden pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor hampir terjatuh di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) mendapat perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, Michael Ang yang datang ke set program MeleTOP, Selasa lalu, sebagai tetamu selepas memenangi trofi Drama MeleTOP turut bertanya situasi sebenar kepada wanita berusia 29 tahun itu.


Mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar, Neelofa berkata, dia bersama Nabil terlebih dahulu sudah berbincang di belakang pentas bagaimana untuk menghidupkan segmen berkenaan.

"Saya beritahu Nabil, dia akan naik apabila Zul yang ketika itu berada di belakang saya, memalingkan saya memandangnya.



"Kemudian, lagi satu que adalah apabila saya buat-buat terjatuh tapi Zul sebenarnya tak tahu," ujarnya.

               
Nabil yang turut menyelit memberitahu, dia sengaja naik sebelum sempat Zul membuat apa-apa bagi 'membanteras' babak yang tidak sepatutnya dan apa sahaja dialog yang dilontarkan sudah dipersetujui terlebih dahulu bersama Neelofa.

Dalam pada itu, Michael turut memuji tahap profesional Neelofa yang tenang berdepan apa sahaja kecaman.

"Kalau show live kena macam itu lah (bersahaja). Ini tidak baru kutuk-kutuk sikit dah melenting," ujarnya disambut sorakan penonton.

Dalam kejadian Ahad lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil, Zul Ariffin bergandingan bersama Ziana Zain menyampaikan trofi bagi kategori Progran MeleTop dan Hos MeleTop.

Namun Zul terlebih dahulu muncul sendiri dan berdialog bersama Neelofa bagi mempromosikan drama lakonan mereka, Ti Amo, Sweetheart 100 hari.

Bagaimanapun ketika wanita berusia 29 tahun cuba beralih badan, Neelofa hampir tergelincir dan sempat berpaut pada Zul bagi mengelakkan dia terjatuh.
'Semua dirancang...' 'Semua dirancang...' Reviewed by Kakigosip on 05:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.