Semoga kau tenang kat sana sahabat!: Ara

PENYANYI popular, Ara Johari mengakui terkesan dengan kehilangan rakan seangkatannya dalam program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2016 iaitu Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau Emy.

Malah, penyanyi berusia 21 tahun ini menganggap Emy sebagai abang meskipun hanya bertemu dalam tempoh yang singkat.

"AL-FATIHAH. Aku kenal kau masa 2016. Kita sama sama AF dulu.

"Walaupun kau masuk AF tak sampai tiga minggu, tapi kita semua rapat sangat. Aku dah anggap kau mcm abang aku dah," luahnya di Instagram (IG).

Bahkan, pelantun lagu Warkah Untukku ini juga merasakan seperti baharu sahaja bertemu dengan Emy yang juga Juara Joharockstar 2016.

"Walaupun masa mula mula kau pendiam. Aku rasa mcm baru saja jumpa kau haritu.

"Tapi aku tak tahu pula itu kali terakhir aku jumpa kau and gelak sama dengan kau," kongsinya lagi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Bunga ini turut memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

"Semoga kau tenang kat sana wahai sahabat! Aku kirim doa untuk kau kat sana. Takziah untuk keluarga @emy_joharockstar," tulisnya lagi.

Emy dilaporkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli-Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, Tuaran, kira-kira jam 1 tengah hari,  hari ini.
Semoga kau tenang kat sana sahabat!: Ara Semoga kau tenang kat sana sahabat!: Ara Reviewed by Kakigosip on 05:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.