Selepas 2 Tahun, Akhirnya Monsta X Terima Gaji Pertama

Selepas 2 tahun debut, kumpulan Monsta X akhirnya menerima gaji pertama. Walaupun gaji yang diterima tidak besar (buat masa ini) namun mereka sangat gembira kerana akhirnya dapat merasa hasil kerja keras selama ini.

"Saya seperti tidak percaya akhirnya kami menerima gaji pertama setelah menjadi trainee dalam masa yang lama dan debut.

"Jumlahnya tidak besar, tetapi ia akan nampak besar jika difikir dari sisi lain," kata I.M.

Seorang lagi anggota iaitu Minhyuk juga meluahkan rasa tidak percaya namun bersyukur kerana kini dia sudah mempunyai pendapatan sendiri.

"Saya pernah menerima wang hasil kerja separuh masa yang saya lakukan ketika di sekolah menengah.

"Kini kami mampu mempunyai pendapat yang lebih dari hasil kerja separuh masa. Saya tak percaya," tuturnya.

Sementara Hyungwon pula berkata,

"Ini pertama kalinya saya mempunyai pendapatan sendiri".

"Saya tidak pernah membayangkan dan saya hanya menumpukan pada latihan dan promosi kerana saya sangat senang dapat membuat persembahan di atas pentas.

"Tapi melihat jumlahnya membuat saya terfikir, saya harus bekerja lebih keras lagi," katanya.

"Daripada jumlah, maknanya lebih penting. Jika kami sudah mampu menerima gaji, beerti kita semua sudah membuat keuntungan dan agensi pun menerima keuntungan,"

"Ini bermakna kita sudah boleh meneruskan promosi dan tetap dapat bertemu dengan peminat kami, masa depan kami nampaknya cerah," sambung Wonho pula.

Empat lagi anggota Monsta X terdiri daripada Shownu, Kihyun, Hyungwon dan Jooheon.


Kebiasaannya, idola kumpulan KPop tidak menerima pendapatan walaupun selepas mereka muncul dengan debut.

Sebaliknya mereka harus membayar terlebih dahulu semua kos perbelajaan yang dihabiskan agensi mereka selama dalam tempoh predebut serta kos tambahan lain.

Selepas 2 Tahun, Akhirnya Monsta X Terima Gaji Pertama Selepas 2 Tahun, Akhirnya Monsta X Terima Gaji Pertama Reviewed by Kakigosip on 13:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.