Selamber Bercium Atas Pentas

Penyanyi Demi Lovato punyai 'strategi' sendiri untuk membuat peminat terus bercakap mengenai konsert jelajahnya, “Tell Me You Love Me” di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ketika persembahannya di New Jersey yang menjadi lokasi terakhir pada 2 April lalu, Demi mencetus kontroversi apabila dia mempamerkan adegan bercium dengan penyanyi Kehlani di atas pentas.

Sebelum itu, Kehlani tampil sebagai artis yang membuka tirai konsert Demi.

Menerusi rakaman video yang tular di internet, babak menggoda dimulakan oleh Kehlani yang tiba-tiba naik pentas lalu memeluk Demi yang ketika itu sedang mendendangkan lagu bertajuk Lonely.

Lalu kedua-duanya bercumbuan. Lovato kemudian menolak Kehlani di atas sebuah katil berada di atas pentas.

Sebelum itu, Kehlani tampil sebagai artis yang membuat persembahan pembuka tirai konsert Demi.

Menerusi akaun Instagram, Kehlani memuat naik kenyataan berkongsi kegembiraannya kerana dapat bersama-sama menjayakan konsert jelajah tersebut. Selain itu Kehlani juga memberitahu, sebenarnya penari Demi yang menariknya naik ke atas pentas.


Sementara Demi juga memuat naik kenyataan dia erasa sangat beruntung kerana dapat melibatkan artis yang berbakat besar seerti Kehlani untuk konsert jelajahnya kali ini.

Selamber Bercium Atas Pentas Selamber Bercium Atas Pentas Reviewed by Kakigosip on 20:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.