'Sambut Hari Jadi', Jonghyun Trending Worldwide di Twitter

Pemergian bintang KPop Kim Jonghyun sehingga kini masih terkesan malah kalangan para peminat serata dunia ada yang masih bersedih.

Sempena ulang tahun kelahiran anggota SNINee ini pada 8 April lalu, peminat tidak lupa mengenang mendiang sehinggakan nama Jonghyun menjadi topik trending dunia di laman sosial Twitter.

Pada hari tersebut, foto Jonghyun di muat naik di lama sosial rasmi SHINee sebagai tanda penghormatan sempena ulang tahun kelahirannya.

Posting tersebut mendapat maklum balas positif peminat yang turut memuat naik semula foto beserta mesej dan video ucapan selamat ulang tahun kepada 'penyanyi' tersebut. Perkataan "Selamat Ulang Tahun Jonghyun" dalam bahasa Korea jadi topik trending topic dunia.

Anggota kumpulan SHINee antaranya Key, juga tidak ketinggalan ikut memberikan ucapan kepada teman sekumpulan yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.satu grup yang sudah seperti saudaranya itu.

Menerusi Instagram miliknya, Key memuat naik foto kenangan mendiang Jonghyun. "Abang kami, selamat ulang tahun. Saya mencintai kamu. Saya merindui kamu," tulisnya.

Jonghyun meninggal dunia pada 18 Disember 2017 selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah pangsapuri mewah di Seoul. Dia dipercayai menderita kerana mengalami depesi lalu bertindak membunuh diri dengan menghidu gas beracun.
'Sambut Hari Jadi', Jonghyun Trending Worldwide di Twitter 'Sambut Hari Jadi', Jonghyun Trending Worldwide di Twitter Reviewed by Kakigosip on 13:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.