Rumah Usher Dipecah masuk, Video Kamera Keselamatan Dikebas

Penyanyi terkenal Usher mengalami kerugian mencecah USD2.4 juta akibat rumah agamnya yang terletak di Los Angeles dipecah masuk pencuri pada Mac lalu.

Menurut laporan The Blast, pencuri tersebut membawa lari sejumlah nilai kira-kira USD280,000 berupa barang kemas dan wang tunai.

Walaupun rumah tersebut dipasang dengan kamera keselamatan namun pihak berkuasa sukar menjalankan siasatan dan menjejaki suspek kerana pita rakaman video berkenaan turut dicuri.

Kediaman berkeluasan 4,261 kaki persegi itu dilengkapi dengan lim biik tidur, empat bilik mandi penuh dan dua bilik mandi separuh serta sebuah kolam renang.

Kediaman tersebut tersenarai sebagai rumah untuk dijual sejak Mac lalu selepas Usher dan isterinya, Grace Miguel mengumumkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Miguel yang membuat laporan kepada polis papada 29 Mac lalu mengenai kejadian itu selepas pembantu rumahnya memaklumkan dia mendaati rumah tersebut dipecah masuk.

Dia memberitahu polis, pembantu rumahnya mula menyedari ada kesan tapak kaki di tingkat dua dan kesan tapak tangan pada bantal di bilik tingkat bawah dan langsir di tingkat bawah juga terbuka. Jadi ia mengesyaki rumah berkenaan telah dimasuki individu asing.

Kemudian, pembantu tersebut memeriksa kotak rakaman dimana terletaknya kamera keselamatan namum dia mendapati kotak pita rakaman itu hilang dan wayar yang menyambungkan kamera itu putus seperti dipotong. Pembantu berkenaan juga menyedari sejumlah barang kemas hilang.

Antara barang lain yang hilang termasuklah enam utas jam tangan paling mahal yang keseluruhannya bernilai kira-kira USD220,000. Seutas rantai berserta loket ros emas yang bernilai USD200,000 juga turut hilang.

Pada mulanya, pembantu itu menyangka Usher pulang ke rumah dan mengambil semua barang tersebut. Lalu Miguel juga ada bertanyakan kepada penghibur itu sama ada dia ada pulang ke rumah atau tidak.

Namun dia menyedari kotak duit yang diletakkan di dalam 'box on the nightstand' juga lesap. Dianggarkan duit berkenaan berjupak 20,000

Miguel juga mengesyaki perompak berkenaan mencuri barang kemas dan wang tunai. Dan kemudian dia berpatah semula ke rumah itu untuk mencuri rakaman kamera pula
Rumah Usher Dipecah masuk, Video Kamera Keselamatan Dikebas Rumah Usher Dipecah masuk, Video Kamera Keselamatan Dikebas Reviewed by Kakigosip on 13:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.