Rody Naik Pelamin Dengan Penjaga Gol Futsal Kebangsaan 27 April Ini

Lebih kurang seminggu saja lagi, gitaris kumpulan Kristal, Rody akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis cantik manis penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.

Majlis pernikahan pasangan ini bakal dilangsungkan pada 27 April ini, sementara majlis resepsi pula adalah pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

"Untuk majlis resepsi pihak saya, insya-Allah akan diadakan juga tapi lambat lagi. Yang penting, kami dahulukan nikah dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Yang lain-lain kemudian pun tak apa," ujar Rody seperti yang dilapor Sinar Harian.

Rody dan Niena telah berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat. Menariknya, Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada bulan September dan tidak menunggu lama mereka memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu.

Tambah Rody, dia memilih Niena kerana berasakan mereka ada keserasian dan Niena juga pandai mengambil hati dan menjaga hati dia dan keluarganya.
Rody Naik Pelamin Dengan Penjaga Gol Futsal Kebangsaan 27 April Ini Rody Naik Pelamin Dengan Penjaga Gol Futsal Kebangsaan 27 April Ini Reviewed by Kakigosip on 04:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.