Risteena Tolak Ditaja Lelaki

Pelakon yang semakin popular, Risteena Munim berpegang pada pendirian tidak mahu terjebak dengan lelaki mata keranjang mahupun terlibat dengan cinta suami orang.

Bagaimanapun jelas wanita berusia 28 tahun ini, dia tidak menyalahkan wanita lain yang memilih suami orang, tetapi bagi dirinya yang berstatus solo, dia mempunyai pilihan untuk tidak memilih jalan sebegitu.

"Mungkin itu jodoh mereka. Tetapi sebagai wanita yang masih belum berkahwin saya mempunyai pilihan untuk tidak berada dalam situasi yang sama.

"Bagi saya lelaki yang masih mencari wanita lain selepas berkahwin, tiada jaminan untuk dia tidak melakukan perkara yang sama selepas dia berkahwin kali kedua,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! ini juga berkata dia menolak ditaja lelaki. Sebaliknya dia lebih suka mencipta kejayaan atas usaha sendiri.

"Memang ada yang cuba mendekati saya dengan cara begitu tetapi saya memang elak. Bagi saya dalam mencari seorang suami, bukan kaya dan mewah yang jadi keutamaan tetapi yang penting, dia menjadi seorang pemimpin dan bukan kaki perempuan," katanya.
Risteena Tolak Ditaja Lelaki Risteena Tolak Ditaja Lelaki Reviewed by Kakigosip on 17:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.