Result PRU14 Lagi Penting! Peminat Mahu Konsert Bruno Mars Ditangguhkan

Penganjur konsert PR Worldwide akhirnya mengesahkan konsert penyanyi antarabangsa, Bruno Mars yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada hari yang sama dengan hari rakyat Malaysia mengundi iaitu 9 Mei depan tetap diteruskan seperti jadual asal.

Tengah malam tadi, menerusi laman rasmi Facebook, pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan mengumumkan konsert Bruno Mars Live in KL tidak akan dibatalkan.

"Kepada semua pemegang tiket konsert Bruno Mars Live in KL, buat masa ini konsert akan diteruskan seperti mana yang dirancang. Untuk maklumat lanjut mengenai acara, layari www.prworldwidelive.com," tulis penganjur.

..

Keputusan itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Ada yang meluahkan rasa lega dan gembira. Namun ada juga yang berharap agar konsert tersebut ditunda ke hari lain.

Rata-rata peminat memberikan alasan, mereka harus pulang ke kampung halaman untuk mengundi dan bimbang berkemungkinan mereka akan tergesa-gesa untuk pulang semula ke ibu kota.

Selain itu, ada juga yang meluahkan mahu turut sama menunggu keputusan pengumuman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang pastinya menjadi tumpuan dan sangat penting kepada seluruh rakyat pada malam itu nanti.

Tidak kurang, ada yang meluahkan kebimbangan mengenai soal keselamatan.

 ..

..

Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour bakal diadakan di Axiana Arena, Bukit Jalil dan kesemua 12,000 tiket telah pun habis dijual.

Result PRU14 Lagi Penting! Peminat Mahu Konsert Bruno Mars Ditangguhkan Result PRU14 Lagi Penting! Peminat Mahu Konsert Bruno Mars Ditangguhkan Reviewed by Kakigosip on 13:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.