Restoran Ashanty Dikritik Kurang Bersih

Selepas menceburi dunia perniagaan kosmetik dan kecantikan, penyanyi Ashanty mengembangkan empayar perniagaannya ke bidang kulinari dengan membuka sebuah restoran.

Memetik laporan detik.com, kebelakangan ini restoran Ashanty mendapat komen yang kurang sedap di dengar daripada sebilangan netizen Indonesia menerusi laman sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik YouTube, hidangan makanan yang disajikan di restoran yang diberi nama Warung Asix itu dinilai kurang bersih.

Dalam video berdurasi lebih kurang 17 minit itu, netizen yang menjamu hidangan tersebut mendakwa menjumpai beberapa benda yang seharusnya tidak berada dalam makanan.

"Ini ada ini, kawat ya," soal netizen tersebut di menit yang ke-10.

Selain itu, pada minit-minit terakhir, netizen berkenaan menjumpai semut dalam salah satu menu yang disajikan. Video yang dimuat naik di saluran netizen dikenali sebagai Farida Nurhan itu telah ditonton sebanyak 157,000 kali.

Bukan itu saja, netizen juga mengkritik masakan yang disajikan oleh Warung Asix terlalu berminyak. Di akhir video, pengulas mengatakan bahwa segala kritik tersebut agar pihak restoran melakukan perbaikan.

Pemilik akaun YouTube itu bagaimanapun memuji dan berkata bahawa masakan yang disajikan enak.

"Alangkah baiknya kalau minyaknya dikurangkan, terus semutnya ada lima dan kawat," ungkapnya.

"Tetapi semoga review ku tidak dimasukan sebagai kritikan tetapi dijadikan sebagai masukan," tambahnya.
Restoran Ashanty Dikritik Kurang Bersih Restoran Ashanty Dikritik Kurang Bersih Reviewed by Kakigosip on 14:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.