Reply Di Matamu kini trending nombor dua di YouTube

SEBAGAI kelainan, Fathia Latiff muncul dengan lagu versi balasan (reply) Di Matamu.

Lebih membanggakan, lagu yang ditukar lirik itu menerima lebih 600,000 tontonan sejak dimuat naik di laman You Tube pada 30 Mac lalu.

Bahkan, lagu tersebut turut menjadi trending nombor dua di YouTube.

"Alhamdulillah! thank you everybody!," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, bintang filem Darah Panas ini turut mempromosikan lagu tersebut di Twitter.


Namun, ia mencetuskan kontroversi apabila Fathia menujukan lagu itu kepada Elfira Loy sehingga menimbulkan tanda tanya pada aktres tersebut.

"This is the reply. I've change the lyrics," balas Fathia di Twitter.

Bukan itu sahaja, tindakan itu turut dipersoalkan netizen namun segera ditenteramkan oleh selebriti berusia 31 tahun ini.

"Well... just for fun! Chill!," tulisnya lagi.

Pada masa sama, rata-rata peminatnya juga memuji kelunakan suara pelakon drama bersiri Ariana Rose ini.

Reply Di Matamu kini trending nombor dua di YouTube Reply Di Matamu kini trending nombor dua di YouTube Reviewed by Kakigosip on 05:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.