Remy Ishak patah jari kaki

PELAKON berbakat besar, Remy Ishak  mengalami kecederaan patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaharu.

Menerusi posting di Instagram miliknya, aktor itu berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan setelah mengalami kecederaan.


"Ok, cerita dia macam ini, semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

"Saya tersilap langkah dan jari kaki abang terkeluar daripada landasan.

"Ini pertama kali mengalami kecederaan, kelakar betul lah!," tulisnya.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Remy mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami.

Bagaimanapun lucunya apabila sesetengah peminat lebih tertarik dengan seluar bercorak bunga yang dipakai Remy semasa mengambil gambar kecederaan kakinya.

Bukan itu sahaja, Remy juga turut berkongsi cerita lucu apabila dalam keadaan kalut untuk ke lapangan terbang, dia memakai kasut kasut di kaki sebelah kanan dan selipar di kaki sebelah kiri.

Apa pun kami di Kakigosip turut mendoakan Remy cepat pulih dan kembali beraksi di set penggambaran.
Remy Ishak patah jari kaki Remy Ishak patah jari kaki Reviewed by Kakigosip on 06:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.