Putera Harry-Meghan Tolak Hadiah Perkahwinan Daripada Tetamu

Bakal pengantin juga pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry dan bakal isterinya Meghan Markle menegaskan tidak akan menerima apa-apa bentuk hadiah di hari pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 19 Mei depan.

Sebaliknya pasangan yang menjadi tumpuan dunia ini berharap para tetamu yang undangan nanti bersedia untuk beramal kepada tujuh badan amal kebajikan yang telah dipilih oleh Harry dan Meghan.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak Istana Kensington melalui akaun Twitter.

"Putera Harry dan cik Meghan Markle sangat berterima kasih atas kebaikan yang mereka terima sejak mengingkat tali pertunangan.

"Mereka meminta siapa pun yang akan hadir di majlis perkahwinan mereka pernikahan mereka, untuk memberikan sumbangan pada badan amal daripada memberikan mereka hadiah.

"Mereka secara peribadi telah menunjuk memilih badan amal yang mewakili pelbagai isu yang sudah menjadi perhatian Harry dan Meghan termasuk badan pembangunan sukan untuk perubahan sosial, badan kebajikan wanita , konservasi, persekitaran, gelandangan, HIV, dan pasukan bersenjata," umum pihak Istana Kensington.

Badan amal yang dipilih oleh Meghan dan Harry itu ialah Chiva (Asosiasi HIV untuk anak), Crisis, the Myna Mahila Foundation, Scotty's Little Soldiers - badan amal untuk anak-anak para angkatan bersenjata, StreetGames, Surfers Against Sewage, dan The Wilderness Foundation UK.

Sebelum ini, abang Putera Harry iaitu Putera William dan isterinya Kate Middleton juga pernah merealisasikan hasrat yang sama dan pasangan itu berjaya mengumpulkan lebih £1 juta sumbangan daripada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun 2011
Putera Harry-Meghan Tolak Hadiah Perkahwinan Daripada Tetamu Putera Harry-Meghan Tolak Hadiah Perkahwinan Daripada Tetamu Reviewed by Kakigosip on 13:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.