PRU14: Program Mask Run 2018 ditangguhkan

PROGRAM larian Mask Run yang dijadualkan berlangsung pada 15 April depan telah ditunda ke tarikh baharu yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL iaitu 15 Julai 2018.

Menurut pihak penganjur, Resilience Studio, penangguhan tersebut terpaksa dilakukan kerana mahu memberi keutamaan kepada sebarang aktiviti berkaitan Pilihanraya Umum (PRU14) yang bakal berlangsung pada 9 Mei depan.

Program larian sejauh 7km yang bertemakan larian bertopeng atau maskrun ini turut menampilkan selebriti terkenal seperti Aiman Tino, Sasha Saidin dan Azza Elite menerusi  beberapa aktiviti sampingan yang turut diadakan

Berikut merupakan surat rasmi daripada pihak penganjur yang memaklumkan tentang penangguhan tersebut.

PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa acara program MASK RUN 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 15hb April 2018 ini terpaksa DITANGGUHKAN ke tarikh baharu yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL iaitu pada 15hb Julai 2018 atas sebab memberi keutamaan kepada sebarang aktiviti berkaitan dengan Pilihanraya Umum (PRU14).

Sebarang maklumat lanjut yang diperlukan, pihak pejabat tuan boleh berurusan secara terus kepada saya atau sekretariat yang diketuai oleh Puan Shuhada di nombor talian 012 3270 602 atau emel resiliencestudios78@gmail.com
PRU14: Program Mask Run 2018 ditangguhkan PRU14: Program Mask Run 2018 ditangguhkan Reviewed by Kakigosip on 19:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.