Produser tak ada job, kini bawa grab car

PEMILIK syarikat produksi, Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail kini bekerja sebagai pemandu grab dan membantu di restoran orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Semua ini berlaku apabila syarikatnya itu tidak lagi ditawarkan peluang untuk menerbitkan drama atau telefilem untuk mana-mana stesen televisyen sejak setahun yang lalu.


"Proposal saya ditolak dengan alasan tidak sesuai walaupun saya menghantar banyak cadangan untuk penerbitan telefilem dan drama episod terbaharu," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, dia menggunakan pelbagai khidmat penulis skrip baharu dan berpengalaman namun masih juga tidak diterima.


"Bukan calang-calang penulis skrip yang mencuba nasib menerusi ‘proposal’ yang dihantar di bawah produksi saya.

"Macam tak logik apabila semua ‘proposal’ saya ditolak. Saya sendiri tidak tahu apa alasan sebenarnya," luahnya.

Buat masa ini, Zainuddin masih menggajikan pekerjanya meskipun terpaksa menjual kereta sendiri.

"Saya tiada masalah untuk ikut kehendak stesen televisyen untuk dapat ‘job’. Saya anggap mungkin ini bukan rezeki saya tetapi saya percaya ramai produser lain juga berhadapan masa sukar seperti apa yang saya lalui ketika ini," katanya lagi. 

Enuja Production sebelum ini banyak menerbitkan pelbagai telefilem yang mendapat rating tinggi antaranya Transit Terakhir (2017) yang mencatat 2.5 juta penonton.
Produser tak ada job, kini bawa grab car Produser tak ada job, kini bawa grab car Reviewed by Kakigosip on 05:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.