Pengarah Avengers Sengaja Buat Naskah Palsu

Bukan satu hal yang mengejutkan apabila filem Avengers Infinity War menjadi salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu di tahun ini.

 Sebelum filem tersebut ditayangkan, banyak pihak mula membuat tekaan dan spekulasi mengenai cerita dari karya yang adaptasi dari komik adiwira Marvel itu.

Namun demi memastikan supaya cerita filem tersebut tidak bocor kepada khalayak, salah seorang daripada sutradaranya iaitu Joe Russo mengaku sengaja menghasilkan naskah palsu.

"Banyak usaha yang kita lakukan untuk menjaga rahsia dalam filem ini. Bahkan kami membuat draft palsu dan menjaga naskah asal agar tetap tersembunyi.

"Kami membuat draft tersebut dengan informasi palsu dan memastikan bahawa hanya sedikit orang yang tahu cerita keseluruhan dari filem," kata Joe Russo seperti yang dilaporkan Detikhot.com

Dia dan pihak produksi melakukan sedemikian bukan hanya untuk menjaga rahsia cerita filem tersebut tetapi untuk seluruh filem Marvel yang kisahnya saling sambung menyambung.

"Kami melakukan ini kerana filem-filem tersebut (dari sinematik Marvel) masih akan terus dihasilkam, dan dari bahagian paling awal pun, baik dalam filem mahupun sambungannya, tidak ada sesiapa yang tahu akhirnya," tuturnya.

Avengers Infinity War dibarisi pelakon hebat seperti mulai dari Robert Downey Jr, Tom Holland, Benedict Cumberbactch dan Karen Gillan.
Pengarah Avengers Sengaja Buat Naskah Palsu Pengarah Avengers Sengaja Buat Naskah Palsu Reviewed by Kakigosip on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.