Peminat Tak Sanggup Jumpa MinHyun (Wanna One)

Menjadi impian mana-mana peminat pun pasti tidak akan melepaskan peluang bertemu secara dekat apatahlagi mendapat kesempatan bertentang mata dengan artis-artis pujaan mereka.

Namun lain pula dengan reaksi sebilangan peminat di Korea terhadap salah seorang anggota kumpulan Wanna One iaitu Hwang Minhyun.

Khabarnya peminat fanatik mereka mengelak dan tidak sanggup bertemu dengannya secara dekat dengan penyanyi berusia 22 tahun ini. Dah kenapa pula?

Selama ini, sama ada Wanna One atau dia sendiri secara solo mengadakan acara bertemu dan beramah mesra dengan peminat, Min Hyun sedia diketahui lebih banyak mencuri perhatian dan memberikan dengan aksi dan gelagat spontannya di depan para peminat.

Gelagat-gelagatnya yang menghiburkan menyebabkan peminat berat hati mahu beredar meninggalkan lokasi acara walaupun sesi bertemu peminat sudah tamat.

Rata-rata peminat suka mengatakan, "sekali Minhyun senyum, lemah longlai lutut dibuatnya".

Selain itu, dia pandai melayan peminat yang malu-malu ketika bertentang mata dengannya.

..

Dia tahu untuk membuatkan peminat berasa selesa dengannya walaupun kadangkala dia mempamerkan sikap 'nakalnya' atau seperti cuba 'menggoda' peminat.

Dia juga seorang yang mengambil berat dan sentiasa menunjukkan keikhlasannya melayan peminat walaupun dia sebenarnya dalam keadaan keletihan.

Menerusi komen-komen di media sosial, rata-rata peminat mengakui sikap-sikap positif dan pandai 'mencuri hati' yang ditunjukkan MinHyun itu menyebabkan mereka 'tidak sanggup' untuk bertemu dengannya.

.
Peminat Tak Sanggup Jumpa MinHyun (Wanna One) Peminat Tak Sanggup Jumpa MinHyun (Wanna One) Reviewed by Kakigosip on 05:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.