Peminat Fanatik Ajak Buat Hubungan Terlarang di Hotel

Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad mendedahkan dia pernah menerima mesej di laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan terlarang di hotel sebelum ini.

Kata pengacara program MeleTOP ini, dia mengetahui perkara itu dari isterinya, Nazira Ayoub (Zira) yang memang memantau akaun Instagram miliknya setiap hari.

"€Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu.

"€Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah," €katanya .

Dia juga memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau akaun instagram miliknya sejak berumah tangga.

"€Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami.

"€Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami,” €katanya.

Nabil dan Zira berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Peminat Fanatik Ajak Buat Hubungan Terlarang di Hotel Peminat Fanatik Ajak Buat Hubungan Terlarang di Hotel Reviewed by Kakigosip on 13:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.