Pelakon Lord Of the Ring Rancang Raptai Pengebumian Sendiri

Aktor senior yang disegani, Sir Ian McKellen dilaporkan sedang merancang sesi latihan pemakaman diri beliau.

Bintang berusia 78 tahun ini mengakui, sejak kebelakangan ini dia sering berfikir tentang kematian dan gembira apabila mengatur pemakamannya sendiri.

Menerusi dokumentari terbaru, McKellen: Playing The Part, pelakon filem Lord of The Ring itu memberitahu dia mahu 'meraikan' upacara tersebut di sebuah teater.

"Kemasukan secara percuma dan saya mahu orang-orang yang baik (ada) di situ," tambahnya.

"Apabila saya selesai (perancangan) ini saya fikir, 'Ooh, saya suka pergi ke pengebumian itu,' jadi saya harap saya dapat mengatur sesi latihan sebelum saya pergi."

Bagaimanapun dia mengaku belum bersedia untuk menempuhi 'hari-hari terakhir'.

"Ketika saya melihat orang lain semakin lemah dan tidak dapat bekerja, saya fikir, 'Baiklah, itu mungkin berlaku kepada saya!', tambahnya.
Pelakon Lord Of the Ring Rancang Raptai Pengebumian Sendiri Pelakon Lord Of the Ring Rancang Raptai Pengebumian Sendiri Reviewed by Kakigosip on 13:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.