Pakai Gelaran Datuk, Datin Hanya Untuk Acara Rasmi

Sejak minggu lalu heboh mengenai Fouziah Gous yang kini sudah bergelar bergelar datin. Aktres tersebut bagaimanapun berdiam diri dan belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Lapor Sinar Harian, suami Fouziah iaitu Datuk Zhafran Md Yusof menjelaskan gelaran Datuk tersebut sebenarnya sudah lama diperolehi.

Namun pasangan ini lebih selesa memakai gelaran tersebut ketika acara-acara rasmi yang melibatkan urusan perniagaan.

"Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

"Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” kata ahli perniagaan itu.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.

"Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

"Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya.
Pakai Gelaran Datuk, Datin Hanya Untuk Acara Rasmi Pakai Gelaran Datuk, Datin Hanya Untuk Acara Rasmi Reviewed by Kakigosip on 14:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.