Nora Danish menangis anak dikutuk

SIKAP biadap segelintir netizen mengutuk anak kedua Nora Danish, membuatkan aktres tersebut menangis.

Menurut Nora, sebagai ibu dan manusia biasa, dia berasa terkesan dan sedih dengan komen yang ditinggalkan.


"Sebagai selebriti, saya dah biasa bila ada pihak lain yang mengutuk dan menghina saya. Malah ada juga yang pernah menyamakan muka saya dengan babi.

"Tapi bila ada orang kutuk anak saya, seorang bayi yang baru lahir, sebagai ibu dan manusia biasa, saya memang menangis.

"Suami pun ada menegur kerana baginya saya patut lebih faham dengan sikap segelintir manusia sebegini, tapi saya rasa ada ketikanya normal untuk saya berasa sedih dan menangis.

"Bagi saya, perkara sebegini tidak patut terjadi pada saya, anak saya atau orang lain sekalipun," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia berasa bersemangat untuk bersama barisan selebriti lain mendidik pengguna media sosial agar menjadi lebih bertanggungjawab.

Katanya, kempen ini bukan untuk mencegah selebriti daripada terus dibuli, tetapi juga orang lain.

"Generasi Y seperti saya memang sudah diterapkan dengan adab dan sopan santun sejak kecil lagi. Bahkan kami juga lebih sensitif untuk melontarkan sesuatu pendapat, maksudnya yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan.

"Tapi generasi masa kini, yang sudah terdedah dengan media sosial dari kecil, mereka rasa mereka ada hak untuk mengeluarkan pendapat.

"Benar, tidak ada salah mengeluarkan pendapat, tapi biarlah secara berhemah dan tidak sampai memalukan orang lain," jelasnya.
Nora Danish menangis anak dikutuk Nora Danish menangis anak dikutuk Reviewed by Kakigosip on 05:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.