Netizen persoal tindakan Rabecca paut tangan Aliff Syukri

AHAD lalu, jutawan kosmatik terkenal, Datuk Aliff Syukri telah mengadakan majlis doa selamat bersempena kemasukannya ke rumah baru, dan kesejahteraan kandungan isterinya, Datin Shahida  yang kini sudah memasuki tujuh bulan.

Aliff menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis tersebut.

Salah satu daripadanya adalah gambar Aliff bersama tetamunya, pelakon Rabecca Al-Islam dan suaminya.

Gambar tersebut bagaimanapun telah mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan tindakan Rabecca yang memaut tangan Aliff meskipun gambar tersebut diambil bersama-sama dengan suaminya.

Netizen meluahkan rasa kurang senang mereka dan menganggap pelakon tersebut tidak menjaga batas pergaulan sebagai muslimah meskipun berlapik.

Disebabkan itu segelintir daripada mereka meminta  Aliff agar memadam gambar tersebut bagi mengelakkan fitnah dan dalam masa yang sama, menjaga hati isterinya.

Bagaimanapun , Aliff tentunya lebih maklum tentang situasi yang berlaku pada tersebut dan tentunya dia mempunyai alasannya yang tersendiri untuk tidak memadam gambar yanng telah dimuat itu.
Netizen persoal tindakan Rabecca paut tangan Aliff Syukri Netizen persoal tindakan Rabecca paut tangan Aliff Syukri Reviewed by Kakigosip on 05:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.