Neelofa Kena Perli di Billboard

Baru-baru ini kecoh mengenai sebuah papan iklan gergasi (billboard) yang memaparkan kenyataan berbaur sindiran dengan mengaitkan nama pelakon dan pengacara popular, Neelofa.

Pada papan yang didirikan di tepi jalan raya itu tertulis,

"Dear Lofa, Sesungguhnya Zoo Lagi Mulia Dari Zouk. Dakwah ikhlas dari Jenama Sendiri.com. Kilang Kosmetik"

..

Ayat tersebut ternyata merujuk kepada kontroversi yang pernah melanda selebriti yang baru saja memenangi anugerah Top Top Meletop Wanita (AME208) itu berhubung kesilapannya melancarkan koleksi tudung terbarunya di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, pada Februari lalu.

Walaupun isu tersebut sudah lama reda malah Neelofa pun sudah meminta maaf dan mengaku kekhilafannya namun nampaknya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan seolah-olah sengaja mahu 'memanaskan' kembali perkara itu.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu mengundang kemarahan sebilangan besar pengikut dan peminat aktres jelita itu.

..

Apapun, barangkali ia hanya strategi pemasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab itu untuk mempromosikan produk keluaran mereka.

Namun pendekatan iklan yang digunakan itu tetap dianggap melampau dan terkutuk.

Neelofa Kena Perli di Billboard Neelofa Kena Perli di Billboard Reviewed by Kakigosip on 14:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.