Nadiyah Tunggu Dapat Permit Baru Boleh Masuk Malaysia

Pelakon Nadiyah Shahab telah ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, malam tadi sejurus tiba dari Singapura.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup ini dilarang memasuki Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja.

"Ketika saya melalui pemeriksaan imigresen, saya ditahan pegawai yang mengenali saya sebagai pelakon.

"€œMeskipun tujuan saya ke Malaysia bukan atas urusan kerja, tapi pihak imigresen meminta saya menunjukkan permit bekerja,”€ katanya.

Disebabkan gagal menunjukkan permit, dia terpaksa berpatah semula dan membiarkan tunangnya, Ben Ali pulang sendiri.

Kini, Nadiya masih menunggu permit untuk meneruskan penggambaran dan memudahkan dia berulang alik ke negara ini.

"Saya perlu berurusan dengan pihak produksi yang menawarkan saya berlakon dengan sekurangnya-kurangnya bekerja selama enam bulan untuk mendapatkan permit ini.

"Saya akan selesaikan permohonan permit itu secepat mungkin bagi memudahkan urusan kerja dan ulang alik ke Malaysia,” katanya.
Nadiyah Tunggu Dapat Permit Baru Boleh Masuk Malaysia Nadiyah Tunggu Dapat Permit Baru Boleh Masuk Malaysia Reviewed by Kakigosip on 05:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.