Nadiyah Lega Dah Dapat Permit, Boleh Masuk Malaysia

Pelakon berasal dari Singapura, Nadiyah Shahab bersyukur apabila ada produser yang sanggup menolongnya untuk menyelesaikan masalah permit bekerja di Malaysia.

Memetik laporan mStar online, Nadiyah, 27, berkata buat masa ini dia akan mendapat permit bekerja untuk tempoh sebulan dan perlu memperbaharuinya selepas itu.

"Bersyukur sangat ada produser yang sudi menolong dan membuatkan permit untuk saya bekerja di Malaysia.

"Permit itu hanya untuk sebulan dan seterusnya saya perlu memperbaharuhi," katanya.

Sebelum ini, Nadiyah dilarang memasuki negara ini selepas ditahan pihak imigresen Johor atas alasan tidak memiliki permit untuk bekerja di Malaysia.

Malah, berita itu juga telah menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mahu semua pihak, termasuk syarikat produksi mengambil iktibar daripada insiden itu.

Pelakon drama bersiri Encik Suami Mat Salih Celup ini juga memberitahu dia akan mendaftarkan diri sebagai ahli Seniman dan berharap persatuan tersebut melakukan tugas dengan baik.

"Saya dah ada permit, nanti akan daftar untuk jadi ahli Seniman. Tapi persatuan itu perlu melakukan kerja sebagai contoh menjaga kebajikan ahli.

"Sebagai contoh, ada rakan saya patah tangan tapi dia hanya boleh buat tuntutan lebih kurang RM300 sedangkan bil hospital mencecah RM5,000.

Dia juga berharap pihak produksi dapat mengubah syarat permit bagi memudahkan sesiapa yang ingin bekerja di Malaysia.

"Saya harap pihak produksi dapat mengubah syarat permit lebih dari dua bulan bagi memudahkan selebriti luar atau sesiapa saja untuk bekerja di sini.

"Selain itu, agak sukar untuk artis luar ingin hadir ke set program stesen TV perlu bayar dalam RM2,000 untuk slot 10 minit," katanya.
Nadiyah Lega Dah Dapat Permit, Boleh Masuk Malaysia Nadiyah Lega Dah Dapat Permit, Boleh Masuk Malaysia Reviewed by Kakigosip on 13:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.