Nadia Aqilah kini selamat bergelar isteri

PELAKON Nadia Aqilah, 33, kini bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Saiful Ridzuan, dengan hanya sekali lafaz, pada pagi Jumaat.

Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor.


Cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang low profile, Nadia yang aktif di pentas teater dan kaca TV ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya.

Namun pada hari penyatuannya ini, pelakon ini telah berkongsi saat-saat ini indah ini bersama para peminatnya menerusi Insta Live di laman Instagram miliknya semalam. Tidak ketinggalan perkongsian yang dilakukan teman rapatnya, Shahrifah Amani menerusi beberapa kemas kini momen indah tersebut menerusi laman Instagramnya.

             
Memilih tema klasik, Nadia anggun mengenakan persalinan kebaya putih, sedondon dengan suaminya.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang juga merupakan teman baik Nadia di mana mereka turut menjadi sebagai pembawa dulang. Antaranya Eenaz Mokhtar, Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani dan lain-lain.

Sementara majlis resepsi bertemakan ala 60an pula berlangsung meriah pada hari ini, juga di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat.
Nadia Aqilah kini selamat bergelar isteri Nadia Aqilah kini selamat bergelar isteri Reviewed by Kakigosip on 05:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.