Miley Cyrus dan Liam Hemsworth Rancang Beli Pulau di Hawaii

Sejak kembali mengikat tali bertunangan, pasangan sensasi Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dilaporkan lebih terbuka menunjukkan kemesraan di depan khalayak. Malah mereka khabarnya sudah mula merancang masa depan bersama-sama.

Salah satunya, mereka merancang membeli pulau peribadi di Hawaii.

Lapor Dailymail, Miley dan Liam dikatakan sudah mengupan seorang agen untuk mengurus pembelian pulau tersebut.

"Ini adalah idea Miley dan Liam sangat setuju. Mereka sudah meminta bantuan agen untuk membantu mencarikan pulau dengan harga yang terbaik," dedah sumber.

Sumber yang sama menyebut Liam Hemsworth dan Miley Cyrus, ang merancang berkahwin, ingin membesarkan anak-anak mereka jauh daripada tumpuan umum.

Aktor berusia 28 tahun itu bersetuju dengan cadangan kekasihnya tambahan dia dapat menghabiskan banyak waktu untuk melakukan hobinya iaitu meluncur.

"Miley ingin tempat yang tepat untuk membina keluarganya. Dia juga berfantasi ingin membesarkan anak-anaknya di pulau peribadi," tambah sumber itu lagi.
Miley Cyrus dan Liam Hemsworth Rancang Beli Pulau di Hawaii Miley Cyrus dan Liam Hemsworth Rancang Beli Pulau di Hawaii Reviewed by Kakigosip on 13:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.