Menyesal cerita fasal penyakit saya: Elyana

MESKIPUN rutin hariannya sentiasa dengan dipenuhi dengan sesi rawatan berterusan untuk penyanyi kanser Limfoma tahap empat yang sedang dideritainya, penyanyi dan pelakon Elyana tetap kelihatan aktif dan ceria.

Memilih untuk hanya memperlihatkan sisi positif dirinya, Elyana sebolehnya mahu mengelakkan untuk bercerita tentang keadaan penyakitnya.

“Kadang-kadang saya ada juga terdetik rasa menyesal mendedahkan tentang penyakit saya ini kepada umum kerana ada yang menuduh saya mengada-adakan cerita apabila melihat saya masih ke sana sini dan aktif bekerja.

“Dulu saya stress kerana terpaksa menyembunyikan kondisi sebenar diri saya kepada orang ramai, tetapi sekarang stress kerana persepsi dan pandangan negatif yang dilemparkan kepada saya pula.

“Sampai satu tahap saya fikir hidup kita ini seperti serba tak kena di mana pergi kanan salah, kiri pun salah dan begitulah seterusnya. Jadi akhirnya saya putuskan untuk buat saja apa yang boleh buat saya gembira,” luahnya .


Menurut Elyana dia sebenarnya tidak begitu mengambil pusing dengan kata-kata kecaman yang dilemparkan netizen yang mempertikaikan kebenaran kondisi kesihatannya.

Cuma sebagai manusia biasa, emosinya kadang kala terganggu apabila ada segelintir netizen yang bertindak keterlaluan.

“Saya memang tak layan sangat kecaman netizen, tapi bila dah melampau saya pun tak dapat tahan juga. Itu yang membuatkan saya kadang-kadang melepaskan perasaan di Insta Story.

“Saya tak suka nak tunjukkan keadaan sakit saya kerana tidak mahu berada dalam keadaan yang murung, diam dan tentunya akan buat orang rasa tak selesa dengan saya.

“Jadi sebolehnya saya nak tampil sentiasa aktif dan ceria depan orang kerana memanglah itulah personaliti saya sejak dulu,” luahnya jujur.
Menyesal cerita fasal penyakit saya: Elyana Menyesal cerita fasal penyakit saya: Elyana Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.