Mengidap 'Panic Disorder', Lee Joon Dipindahkan Sebagai Pekerja Sosial

Pelakon dan penyanyi Lee Joon, kini sedang menyelesaikan baki tunggakan latihan ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam.

Pada 30 Mac lalu, agensinya Prain TPC mengeluarkan kenyataan rasmi mengumumkan bekas anggota kumpulan Mblaq itu telah ditukarkan ke unit khidmat tempatan sejak 23 Mac lalu.

"Atas arahan Jabatan Ketenteraan Negara, Lee Joon akan menyelesaikan latihan khidmat ketenteraan sebagai pekerja perkhidmatan awam.

"Lee Joon, mendaftar sebagai askar aktif pada bulan Oktober tahun lalu telah menerima rawatan secara konsisten kerana gangguan panik (panic disorder) yang alami semasa menjalankan tugas ketenteraan.

Walau bagaimanapun, disebabkan keadaannya tidak bertambah baik, beliau telah menjalani prosedur pemeriksaan undang-undang dalam tentera dan dianggap tidak sesuai untuk tugas aktif.

"Lee Joon kini sedang menunggu draf notis daripada Jabatan Ketenteraan Negara . Kami (agensi) memohon maaf kerana dia (Lee Joon) tidak dapat menunjukkan sisi yang sihat. Dia akan melakukan yang terbaik dengan perkhidmatan tentera yang masih berbaki lagi," terang agensi.

Sebelum ini, pelakon drama My Father is Strange ini dilaporkan mengidap gejala gangguan panik semasa aktif dengan kerjaya dan aktiviti seni.

Kemudian, dia secara sukarela membuat keputusan untuk mendaftar lebih awal dalam latihan khidmat ketenteraan kerana keinginan yang kuat untuk mengatasi penyakit yang dihidapinya.
Mengidap 'Panic Disorder', Lee Joon Dipindahkan Sebagai Pekerja Sosial Mengidap 'Panic Disorder', Lee Joon Dipindahkan Sebagai Pekerja Sosial Reviewed by Kakigosip on 17:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.