Menangi hadiah bernilai RM200,000 tajaan Pensonic

PENSONIC telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka.

Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic.

Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Datuk Chef Ismail, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’.

Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.

Tahun ini, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6 petang mulai 30 April ini juga di TV3.

Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018.


Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

1.    Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.

2.    'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.

3.    'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).

4.    Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.

5.    PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:

1.    Mesin Basuh Pensonic 8.5kg

2.    TV LED 43" Pensonic

3.    Pendingin Udara Pensonic4.   

4.    Ketuhar 45L Pensonic 

5.    Pengisar Nutri De Blender Pensonic 

6.    Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih daripada peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod.
Menangi hadiah bernilai RM200,000 tajaan Pensonic Menangi hadiah bernilai RM200,000 tajaan Pensonic Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.