Maya Terima Mesej Berbaur Ugutan, Ancam Keluarga di Jerman

Aktres popular Maya Karin, 37, mengakui pernah berdepan kes buli siber yang serius hingga mengancam keselamatan dirinya dan keluarga pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke ini berkata dia terpaksa membuat laporan polis berhubung kes buli siber berbaur ugutan itu.

"Kes buli siber itu membabitkan seorang wanita berusia 20-an yang berterusan menghantar mesej ugutan di laman sosial milik saya iaitu Facebook (Fb), Twitter dan Instagram.

“Ia bukan sekadar kecaman mengganggu mental malah lebih teruk lagi ugutan melampau hingga membabitkan keselamatan ahli keluarga saya di Jerman,” katanya.

Risau dengan ancaman tersebut, dia membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas berbincang bersama ahli keluarga serta mendapat nasihat adiknya yang berkhidmat sebagai peguam.

"Selama ini, saya lali dengan pelbagai kecaman tetapi kes buli siber itu sangat serius kerana ia benar benar mengancam keluarga.

"Ahli keluarga saya sangat terkejut dengan pelbagai ugutan yang dihantar di media sosial saya itu,” katanya yang merupakan antara artis yang menyokong kempen tanggungjawab sosial, akhiri buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

Bagaimanapun Maya kini lega kerana pembuli siber itu sudah ditangkap pihak polis di Melaka, baru-baru ini.

Difahamkan suspek berjaya ditahan reman selama tiga hari. Dia juga mengaku bersalah dan sudah membayar denda.

"Selepas disiasat pihak polis, pembuli siber itu bukanlah peminat fanatik dan saya tidak kenal pun siapa dirinya kerana dia menggunakan akaun palsu," katanya.

Maya juga mengingatkan mana-mana individu yang menjadi mangsa buli siber akan memandang serius kes itu dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan segera," katanya.
Maya Terima Mesej Berbaur Ugutan, Ancam Keluarga di Jerman Maya Terima Mesej Berbaur Ugutan, Ancam Keluarga di Jerman Reviewed by Kakigosip on 13:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.