Mariah Carey Mengaku Derita Berjuang Lawan Gangguan Bipolar

Meskipun meraih populariti serta mempunyai karier yang cemerlang, tidak beerti Mariah Carey bebas daripada berdepan tekanan sepert mana sebilangan artis.

Setelah hampir dua dekad berahsia, akhirnya diva Pop ini berterus terang mengaku dia sebenarnya menderita akibat gangguan bipolar yang dialaminya semenjak tahun 2001

Menurut People.com pelantun lagu Dreamlover itu mengaku mengambil ubat sejak disahkan mengidap penyakit tersebut.

Dia pernah dirawat di pusat gangguan fizik dan psikis ketika menjalani penggambaran filem Glitter yang ditayangkan pada 2001 namun filem itu dilaporkan kurang mendapat sambutan.

Meskipun mengetahui kondisi mentalnya, Mariah berkata dia tetap menolak untuk percaya.

"Saya tidak ingin mempercayai ini. Saya hidup dalam penafian, isolasi dan ketakutan jika seseorang akan mendedahkan diriku," katanya.

Bintang kelahiran kota New York ini mengaku sangat tertekan dengan gangguan yang menyeksakan itu. Selama bertahun-tahun, dia berusaha melakukan pelbagai cara, mulai dengan menjalani rawatan sehingglah selalu berada di sekeliling orang-orang yang dianggap positif.

"Ini merupakan beban yang amat berat untuk dipikul dan saya tidak dapat melakukannya lagi. Saya mencari dan menerima perawatan, saya menempatkan di di kalangan orang-orang positif di sekeliling saya dan saya kembali melakukan hal yang saya sukai, menulis lagu dan menghasilkam muzik," tuturnya.

Gangguan bipolar ini menyebabkan penyanyi berusia 48 tahun itu merasakan perubahan suasana hati yang cukup ekstrem antara depresi dan hiperaktif. Mariah juga mengaku mengalami gangguan tidur.

"Untuk sekian lama, saya fikir saya menderita gangguan tidur. Tapi itu bukan insomnia normal.

"Saya mudah marah dan selalu takut mengecewakan orang lain. Kadang-kadang saya ingin menghempaskan diri ke dinding."

Bagaimanapun, pelantun My All itu memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin baik da sedang menjalani terapi ubat yang tidak membuatnya merasa terlalu penat atau lesu.

"Saya kini berada dalam keadaan amat baik, tempat nyaman untuk meneruskan perjuangan melawan gangguan bipolar ini," beritahunya lagi.

Mariah juga sedang menyiapkan album baru dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Mariah Carey Mengaku Derita Berjuang Lawan Gangguan Bipolar Mariah Carey Mengaku Derita Berjuang Lawan Gangguan Bipolar Reviewed by Kakigosip on 14:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.