Macam I rampas suami orang pulak: Shima Anuar

PELAKON Shima Anuar kesal dengan tindakan netizen yang meninggalkan komen yang boleh menimbulkan fitnah di ruangan komen pada salah satu ‘video boomerang’ bersama suami, Mohd Solih Toha, semalam.

Difahamkan video yang memaparkan aksi cium tersebut diambil Shima ketika meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Akibat merasa kurang senang dengan video terbabit, salah seorang pengikutnya telah meninggalkan komen yang mendakwa pelakon tersebut seolah-olah tidak menghormati bekas isteri suaminya.

“Eventho you are now a husband and wife, respect sikit dengan orang-orang yang ada dalam hidup dia sebelum you datang.

“His ex wife and anak-anak. I knew them. They are all a good and lovely people. Have some respect,” tulisnya.

Shima kemudiannya membidas komen tersebut dan menegaskan apa yang diperkatakan pengikut terbabit boleh mengundang salah faham terhadap dirinya.

“Urm cara u cakap macam ini macam i rampas suami orang pulak. U said u knew them? Then mesti u tau the ex wife dah mulakan hidup baru sebelum i kenal my husband lagi.

“And fyi, i baik and tak ada masalah dengan Kak Sya and the kids. Selalu je jumpa. So, please please jangan cakap anything macam i ni perampas and penyebab diorg divorce. I’m so sorry kalau u tak suka tengok," tulisnya.

Tindakan Shima itu mendapat sokongan daripada para pengikutnya yang turut menasihatinya agar mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

Shima dan suami, Mohd Solih Toha, 41, mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mara perempuan, Marian Sophia.
Macam I rampas suami orang pulak: Shima Anuar Macam I rampas suami orang pulak: Shima Anuar Reviewed by Kakigosip on 05:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.