Lori Bawa Bengkung Terbakar, Sajat Tanggung Kerugian RM350,000

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman terpaksa menanggung kerugian hampir RM350,000 ekoran lori yang membawa produk kecantikan keluaran syarikat miliknya terbabit dalam kemalangan di China, pada Rabu lalu.

Memetik laporan mStar online, Sajat berkata ketika kejadian, lori yang membawa muatan produk bengkungnya itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk proses penghantaran ke Malaysia.

"Sangat terkilan bila lori yang nak menghala ke lapangan terbang tu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

"Tak boleh nak buat apa, lori dan bengkung-bengkung kami pun terbakar. Jumlah kerugian kami hampir RM350,000," katanya.

Sajat berkata, pihaknya kini sedang menunggu proses insurans dan berharap semua pihak dapat bersabar berikutan kemungkinan kelewatan penghantaran produk.

Berita mengenai kemalangan itu turut dimaklumkan Sajat di laman sosial Instagramnya pada Khamis malam.

"Sedih sangat-sangat... Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar ‘bekalan terakhir’ kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya,” katanya yang turut memuat naik video kemalangan yang menunjukkan kenderaan terbakar dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Sajat memohon maaf kepada semua pihak terutama stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu stok produk tersebut.

"Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini," katanya.
Lori Bawa Bengkung Terbakar, Sajat Tanggung Kerugian RM350,000 Lori Bawa Bengkung Terbakar, Sajat Tanggung Kerugian RM350,000 Reviewed by Kakigosip on 05:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.