Laman Muzik Yang Popularkan MCR dan Paramore Gulung Tikar

Sebelum wujudnya Spotify dan Bandcamp, laman sesawang streaming muzik seperti Myspace dan PureVolume antara yang popular dan menjadi 'bank' kepada mereka yang ingin memuat naik lagu secara percuma kepada pelayar internet.

Terbaru, PureVolume yang diwujudkan sejak 2003 dilaporkan hanya akan beroperasi sehingga 30 April ini sebelum laman streaming muzik itu akan gulung tikar.

"Dengan kesal kami memberitahu kamu semua PureVolume.com akan tutup.

"Jika kamu ingin mendapatkan muzik di sini, kamu memiliki waktu hingga 30 April 2018 untuk memuat naik. Terima kasih atas sokongan semuanya," itu kenyataan daripada pihak laman sesawang berkenaan.

PureVolume dibangun oleh tiga pengasas iaitu Brett Woitunski, Mitchell Pavao, dan Nathan Hudson.

Laman sesawang ini pernah 'membantu' membesarkan nama banyak band beraliran pop punk dan emo, antaranya Paramore, Fall Out Boy, sehinggalah My Chemical Romance (MCR).

PureVolume juga pernah menjadi tuan rumah untuk beberapa konsert dan acara muzik seperti CMJ Music Marathon (kini sudah tidak ada lagi) dan South by Southwest.
Laman Muzik Yang Popularkan MCR dan Paramore Gulung Tikar Laman Muzik Yang Popularkan MCR dan Paramore Gulung Tikar Reviewed by Kakigosip on 14:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.