KRU Sepakat Bubar Selepas 25 Tahun Dalam Industri

Kumpulan popular KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka.

Konsert yang diberi nama Gergasi KRU25 itu bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersama Joe Flizzow merupakan single terakhir kami," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Dalam pada itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Edry pula membritahu dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

"Ini keputusan semula jadi yang semamangnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian," ujarnya.
KRU Sepakat Bubar Selepas 25 Tahun Dalam Industri KRU Sepakat Bubar Selepas 25 Tahun Dalam Industri Reviewed by Kakigosip on 13:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.