Konsert Rock Legend ditangguhkan

BERIKUTAN tarikh Pilihan Raya Umum (PRU14) yang telah ditetapkan pada 9 Mei depan, Konsert Rock Legend 2018 yang dijadualkan berlangsung di Maeps, Serdang, pada 5 Mei  telah ditangguhkan.

Menurut penganjur konsert tersebut, Grandstage Sdn Bhd, konsert yang melibatkan kumpulan May dan Prime Domestic itu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi memberi laluan kepada PRU14.

Pihak penganjur mengambil langkah penagguhan ini bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada tarikh tersebut.

“Tarikh konsert yang hanya tiga hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan menganggu perancangan para peminat yang mungkin antaranya perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

“Oleh itu, pihak penganjur merasakan bahawa langkah menangguhkan konsert ini adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak,” ujar wakil Grandstage Sdn Bhd menerusi kenyataan yang diberikan kepada media.

Untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan tarikh baru konsert dan tiket, peminat boleh mendapatkan maklumat menerusi Facebook dan Instagram @zhardreamstage, @primedomestic, www.ilassotickets.com dan www.dreamstageconcert.com.
Konsert Rock Legend ditangguhkan Konsert Rock Legend ditangguhkan Reviewed by Kakigosip on 19:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.