Kim Soo Hyun Jadi Penghendap di Perbatasan Korea

Setelah beberapa bulan menjalani latihan asas di kem ketenteraan, pelakon terkenal Kim Soo Hyun telah ditukarkan ke divisi lain dan kini menggalas tugas lebih berbahaya.

Menurut Koreaboo, aktor yang menjadi kegilaan ramai sekaligus pernah mencetus fenomena menerusi lakonannya dalam drama My Love From The Star ini telah ditempatkan sempadan perbatasan Korea sejak Februari lalu.

Bermakna, bintang berusia 30 tahun itu menjadi anggota tentera yang berkhidmat di kawasan batalion sebagai kumpulan peninjau pertama di DMZ (demilitarized zone).

DMZ terletak di bahagian utara Korea Selatan, dan ia sebagai sempadan antara Utara dan Korea Selatan. Seperti yang diketahui, berlaku ketegangan antara dua negara tersebut sejak bertahun lalu.

Meskipun berada di zon bahaya namun Soo Hyun sangat komited dalam menjalankan tugasnya. Malah sikapnya di asrama tentera juga dipuji ramai. Pihak ketenteraan Korea menyebut Soo hyun merupakan penembak jitu dan mempunayi sikap baik sepanjang menjalani latihan asas.

..

Pretasi Soo Hyun amat membanggakan dan dia menjadi tumpuan media tempatan. Bagaimanapun dia menolak untuk ditemubual media kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi para anggota tentera yang lain.

Soo Hyun mula menjalani latihan khidmat ketenteraan secara rasmi sejak Oktober tahu lalu. Dia dijangka akan menamatkan latihan pada 22 Julai 2019.

Tidak hanya Soo Hyun, pelakon drama Secreatly Greatly, Lee Hyun Woo juga turut ditugaskan dalam pasukan batalion tersebut.

Kim Soo Hyun Jadi Penghendap di Perbatasan Korea Kim Soo Hyun Jadi Penghendap di Perbatasan Korea Reviewed by Kakigosip on 13:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.