Khai Bahar, Neelofa pemenang Top Top MeleTOP 2018

PENGACARA dan pelakon, Neelofa mengekalkan kemenangan utama menerusi kategori Top Top MeleTop (Wanita), Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018).

Menerusi acara yang diadakan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Neelofa turut memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen MeleTop dan Pelakon TV MeleTop.

Manakala penyanyi yang semakin meningkat naik, Khai Bahar dipilih sebagai pemenang Top Top MeleTop (Lelaki).

Khai sebelum itu memenangi dua kategori menerusi Penyanyi MeleTop dan Lagu MeleTop iaitu Bayang.

Menerusi majlis yang bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’, AME2018 dibawakam secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan di Astro Ria (dan Ria HD), Astro Prima dan Astro Maya HD.

Seperti yang dijangkakan bagi kategori Penyampai radio Era, Johan masih berada di kelas yang tersendiri apabila masih mengekalkan kemenangan tersebut pada malam tadi.

Begitu juga dengan Zizan yang masih mengekalkan trofi Artis Lawak MeleTop.

AME 2018 yang diacarakan Nabil Ahmad, dan Neelofa, bersama hos jemputan Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Zul Ariffin. Selain itu, turut menyaksikan persembahan daripada Altimet, Ernie Zakri dan Syamel, Khai Bahar, dan ramai lagi.



Berikut senarai penuh pemenang AME 2018 malam tadi:

1. Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar

2. Top Top MeleTOP Wanita — Neelofa

3. Fesyen MeleTOP — Neelofa

4. Si Cilik MeleTOP — Arif Jiwa Asyraf

5. Artis Baharu MeleTOP — Farah Nabilah

6. Bintang Filem MeleTOP — Nur Fazura

7. Couple MeleTOP — Jep Sepahtu & Sari Yanti

8. Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA

9. Grup/Duo MeleTOP — Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

10. Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar

11. Lagu MeleTOP — Bayang

12. Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live 2017

13. Drama TV MeleTOP — Red Velvet

14. Pelakon TV MeleTOP — Neelofa

15. Hos MeleTOP — Nabil Ahmad

16. Artis Lawak MeleTOP — Zizan Razak

17. Penyampai Radio MeleTOP — Johan

18. Filem MeleTOP — J Revolusi

19. Anugerah Khas MeleTOP — Datuk Harjit Singh (Bekas Pembaca Berita)
Khai Bahar, Neelofa pemenang Top Top MeleTOP 2018 Khai Bahar, Neelofa pemenang Top Top MeleTOP 2018 Reviewed by Kakigosip on 06:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.