Keluarga Diraja Arab Saudi Disaman Gara-gara Filem 'Porno Peribadi'

Keluarga diraja Arab Saudi dilaporkan disaman gara-gara menghasilkan filem ‘porno peribadi’ untuk salah seorang putera mereka.

Filem tersebut dihasilkan untuk Allahyarham Putera Saud Al-Faisal, yang juga merupakan menteri luar negeri yang paling lama pernah berkhidmat di dunia, didakwa telah membeli filem erotik yang dibintangi oleh perempuan simpanannya sendiri.

Lapor DailyMail.co.uk, pihak guaman membuat tuntutan Putera Saudi itu telah memberi arahan kepada produksi filem Atyla yang berpangkalan di Perancis perihal kehendak serta kemahuannya dalam filem porno tersebut.

Filem tersebut melakukan pengambaran di pangsapuri mewah milik Putera Saudi yang berdekatan dengan  serta bilik hotel peribadinya.

Atyla berkata sehingga kini sebarang bil tidak pernah dibayar oleh Putera Saud, yang meninggal dunia pada tahun 2015 di usia 75 tahun.

Pihak produksi berkenaan turut menunjukkan invois sebanyak £78,000 tidak dibayar yang sepatutnya dijelaskan oleh pihak syarikat yang menguruskan harta milik Putera Saud.

Walaupun jumlah tersebut kecil jika dibandingkan dengan kekayaan keluarga diraja namun ini jelas membuktikan bahawa pangsapuri Putera Saud digunakan untuk membuat filem erotik.

Ekoran kontroversi itu, anak-anak si mati mempertikaikan bahawa bapa mereka terlibat dalam aktiviti hitam seperti itu dan enggan membayar hutang seperti yang dilaporkan mahkamah.

Mengikut keterangan mahkamah lagi, perempuan simpanan yang berasal dari Maghribi dilaporkan telah meninggalkan pangsapuri tersebut.

Bahkan, peguam untuk syarikat pengurusan harta Avenue Bugeaud sementara itu menegaskan bahawa ‘tidak ada perkhidmatan yang dibuat’ dari Atyla, untuk kesemua filem prono seperti didakwa.

Keluarga Diraja Arab Saudi Disaman Gara-gara Filem 'Porno Peribadi' Keluarga Diraja Arab Saudi Disaman Gara-gara Filem 'Porno Peribadi' Reviewed by Kakigosip on 17:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.