Kejutan Kamal buat Emma menjadi

USAHA gigih Kamal Adli membuat kejutan istimewa buat teman tapi mesra, Emma Maembong mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian Emma di akaun Instagram peribadinya, pelakon berdarah kacukan itu menyifatkan kejutan istimewa yang diterima itu adalah yang paling manis pernah diterima.

"Just nak cakap thank you @kamaladli for the suprise. Paling sweet pernah orang buat dekat saya. Thank you awak.

"Kalau korang nak tahu ni bukan restoran atas bukit ye, ni dekat Bukit Besi Cheras. Ni diorang set up sendiri.

"Gigih korang hiking bawak naik kerusi meja makanan semua. Siap deco lampu-lampu lagi macam manalah korang bawa naik generator atas bukit.


"Apa-apa pun memang cantik sangat. Tak tahu nak kata cantik macam mana. Thank you again," tulis Emma.

Selain gambar romantis, Emma turut berkongsi sedutan momen romantis itu di Instagram dan memuat naik video penuh di akaun YouTube miliknya.

Sehingga kini, video di YouTube itu telah ditonton lebih 130,000 dan mendapat hampir 4,000 tanda suka.

Rata-rata peminat memuji kesungguhan dan kegigihan Kamal di ruangan komen dan berharap pasangan ini  mendirikan rumah tangga.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail menyambut hari lahir ke-26 pada 27 Mac yang lalu.

Dalam pada itu, Kamal menerusi perkongsiannya di Instagram turut mengucapkan terima kasih pada rakan-rakannya yang turut membantu membuat ‘secret garden’ tersebut.
Kejutan Kamal buat Emma menjadi Kejutan Kamal buat Emma menjadi Reviewed by Kakigosip on 05:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.