Johan As'ari kesal masih dikaitkan dengan Lana Nodin

PELAKON Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila terdapat sesetengah netizen yang masih lagi mengaitkan nama pelakon Lana Nodin dengan dirinya.

Justeru itu, membuatkan Johan merajuk dan tidak mahu lagi aktif di Instagram.

"Johan tak aktif dah di IG.  Tadi maybe last gambar Johan.  Johan dan Que Haider.

"Merajuk sebab masih ada yg ungkit kisah lama.  Lana dah khawin dan dah bahagia kenapa perlu sebut-sebut nama dia lagi.  Nanti apalah kata suaminya.

"Johan perlu besarkan kerjaya lebih daripada silaturrahim bersama peminat.  Tanggungjawab Johan untuk berikan mutu lakonan yang terbaik.

"Peminat kalau nak tahu perkembangan Johan nanti pandai-pandailah mereka cari di medium-medium lain," katanya.

Sebelum itu, Johan telah memuat naik status yang berbunyi;


  • "Hamba live di IG tadi masih ada orang sebut-sebut nama lana nodin. Tak apalah.  Hamba bukan orang baik, hamba orang jahat. Terima kasih kepada sobat-sobat yang menyayangi dan mendoakan hamba/
  • "Kepada fulan yang membenci hamba tak apalah, hamba bukan orang baik walau ada azam untuk jadi orang baik. Maafkan hamba. Mungkin lebih elok hamba berundur diri dari sini," tulisnya di Instagram.
  • Johan turut memohon maaf dan diakhiri dengan tanda pagar  #hambamegundurkandiri
  • "Salam akhir semua. Maafkan salah silap hamba dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Hamba sayang sobat-sobat semua." #hambamegundurkandiri
Johan As'ari kesal masih dikaitkan dengan Lana Nodin Johan As'ari kesal masih dikaitkan dengan Lana Nodin Reviewed by Kakigosip on 19:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.