Jangan nak memalukan mak ayah: Ogy

PELAKON terkenal, Fauziah Ahmad Daud mengakui kurang senang apabila ada pihak yang sengaja memperbesar-besarkan isu ‘tampar’ di antara adiknya, Fazlina dan Aiman Tino ketika berlakon dalam drama bersiri Mak Cun 4.

Malah, pelakon dan pengacara berusia 56 tahun ini juga kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku.

“Saya dapat tahu cerita ini selepas melihatnya di laman YouTube.

“Saya terus hubungi Baby (panggilan mesra Fazlina) dan bertanya what is this? Sejak bila dia jadi guru berlakon? Saya kata jangan nak memalukan mak ayah.

“Tapi, selepas dijelaskan, saya dapati perkara itu bukanlah seperti yang diheboh-hebohkan. Jujurnya saya kecewa dan sedih dengan kejadian ini dan saya tak suka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Sepetang Bersama Bonda Ratuku, kelmarin.

Lantaran itu, bintang filem Ali Setan ini bersedia untuk mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan Aiman Tino namun ditegah oleh Fazlina.

“Saya kata pada Baby, saya nak jumpa mereka. I want to go to see them and settle it.

“Saya tak suka Baby dikaitkan dengan benda-benda yang tak mendatangkan manfaat. Lagipun, saya kenal dia bagaimana.

“Tapi, Baby kata dont worry dan kata dia boleh selesaikannya. Jadi, saya pun OK saja,” katanya.

Bahkan, bintang filem Azura ini juga bertemu dengan penerbit drama Mak Cun 4, Erma Fatima untuk mendapat tahu cerita sebenar.

“Erma juga kata sebenarnya tak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka. Aiman tak boleh menangis dan dalam babak itu Baby kena tampar Aiman.

“Tapi, Baby bukan tampar sebaliknya hanya sentuh dengan jari selain perlu pecahkan gitar dan itulah yang dituntut dalam scene tersebut. Jadi, adik saya buatlah apa yang dituntut dalam babak itu.

“Kalau dah Erma sendiri yang memberitahu saya, malah dia juga ada di tempat kejadian, takkan dia nak pandai-pandai bawa cerita?,” katanya.

Sebelum ini, Fazlina dikecam teruk peminat Aiman ekoran insiden terbabit.

Bukan itu sahaja, timbul juga dakwaan mengatakan pihak pengurusan Aiman mahu membuat laporan polis disebabkan tidak puas hati dengan perbuatan Fazlina.

Bagaimanapun, Aiman menafikan pihaknya mahu membuat laporan polis malah turut meluahkan rasa sedih kerana perkara itu dijadikan isu.

Jangan nak memalukan mak ayah: Ogy Jangan nak memalukan mak ayah: Ogy Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.