"Jangan Lagi Kaitkan Saya" - Hanez Suraya

Baru-baru ini, penyanyi Awi Rafael ada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media mengatakan dia mula mengenali tunangnya, pelakon, Atikah Suhaime, sejak lapan tahun lalu ketika masih bercinta dengan pelakon Hanez Suraya.

Sementara bagi Hanez pula, dia mengakui kurang selesa apabila penyanyi kelahiran Singapura itu mengaitkan namanya kerana secara tidak langsung ia boleh menimbulkan salah faham di pihak suaminya.

"Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa.

"Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya.

"Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah... Dulu, pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas.

"Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Cuma dalam kes ini saya harap jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka," katanya seperti yang dilaporkan BH online.
"Jangan Lagi Kaitkan Saya" - Hanez Suraya "Jangan Lagi Kaitkan Saya" - Hanez Suraya Reviewed by Kakigosip on 04:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.