Izreen Azminda - Ude Aktifkan Semula Akaun Instagram

Pasangan kontroversi, Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid telah mengaktifkan semula akaun Instagram milik mereka sejak malam tadi setelah hampir sebulan 'hilang dari radar' dunia media sosial.

Memetik laporan mStar online, Izreen yang menggunakan nama @izreen.azminda berkongsi swafotonya yang pertama beserta kapsyen "Smile things are working out" (Senyum, semuanya sedang berjalan).

Foto tersebut mendapat lebih 11,000 'like' daripada pengikutnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu masih lagi menutup ruangan komen.

..

Sementara, suaminya Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid turut aktif sejak malam tadi namun belum lagi berkongsi foto terbaharu.

Izreen dan Uda mengambil keputusan menutup sementara sosial masing-masing pada 2 Mac lalu berikutan tidak tahan kecaman dan serangan netizen pada 2 Mac lalu.

Pasangan yang bernikah pada 8 Ogos tahun lalu ini semakin banyak menerima kecaman dan kritikan daripada netizen berikutan Ude bertindak menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh pada 22 Mac lalu.

Izreen Azminda - Ude Aktifkan Semula Akaun Instagram Izreen Azminda - Ude Aktifkan Semula Akaun Instagram Reviewed by Kakigosip on 05:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.