Ivanka Trump Jadi Bahan Sindiran Band Punk

Sebuah kumpulan muzik punk berasal dari British telah menggunakan gambar Ivanka Trump sebagai muka album yang bertajuk ‘complicit’. Bermaksud ‘bersubahat’.

Kumpulan yang dikenali Gang of Four itu meletakkan imej anak perempuan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu yang menunjukkan dia berdiri dihadapan mikrofon dan dibelakangnya bendera Amerika Syarikat.

Gambar tersebut ialah gambar yang pernah dirakam semasa Ivanka sedang memberi ucapan dalam kempen pilihan raya di Aston, Pennsylvania pada 13 September 2016.

Bukan itu sahaja, kumpulan ini juga merasmikan nama Ivanka dalam sebuah lagu mereka iaitu ‘Ivanka (Thing You Can’t Have)’.

..



Menurut dari Andy Gill, ahli kumpulan GoF, dia menulis lagu tentang hubungan keluarga Trum dengan media. Baginya media kini tidak lagi telus dalam memberi fakta yang sebenar, lebih-lebih mengenai Trump.

Ini bukan kali pertama kredibiliti Ivanka dipermainkan, pada Mac 2017 program komedi Saturday Night Live (SNL) juga telah mempersenda beliau dalam sebuah skit pendek mengenai iklan minyak wangi ‘Complicit’.

Aktres Scarlett Johansson melakonkan watak sebagai Ivanka, kononnya sebagai seorang wanita yang kuat, feminis dan juara untuk wanita.
Ivanka Trump Jadi Bahan Sindiran Band Punk Ivanka Trump Jadi Bahan Sindiran Band Punk Reviewed by Kakigosip on 17:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.