Isu terkilan : Izzue Islam mohon maaf

PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam membuat permohonan maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung atau terasa, selepas dia memuat naik beberapa luahan tidak puas hati di Insta Storiesnya, lewat malam tadi.

Menurut Izzue, perkara itu bagaimanapun sudah diselesaikan secara baik dan dia juga sudah memadam status berkenaan.


"Apa yang dah berlaku semalam, biarlah berlalu. Tidak dinafikan ramai yang terkejut apabila saya bertindak sedemikian dan saya sendiri merasakan semua yang berlaku itu, terjadi dengan cepat.

"Mungkin disebabkan saya kurang sihat pada ketika itu, jadi saya cepat emosi sedikit.

"Saya minta maaf atas luahan itu sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya juga sudah berjumpa dengan pihak sana (Stavilion) dan mereka juga sudah menjelaskan perkara ini.

"Ini semua melibatkan isu dalaman dan ada missed communication. Tapi apa yang boleh saya kata, semuanya dah ok," katanya .

Izzue sebelum itu bersama 14 selebriti melancarkan butik Starvilion menerusi acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Royale Palace.

Bagaimanapun beberapa jam selepas acara berkenaan, lelaki berusia 28 tahun ini meluahkan rasa terkilan apabila merasakan pihak penganjur tidak berlaku adil kepada jenamanya, Izzuexclusive, apabila tidak tagged jenama itu di posting Insta Stories, sedangkan artis lain di tagged ketika acara berlangsung.

Menjelaskan mengenai luahan terbabit, pemilik nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan ini berkata, semuanya bermula apabila ada individu menghubungi pengurus yang juga isterinya, Nurinafilah Waharudin.

"Ketika pertunjukkan fesyen semalam, saya tak perasan dengan masalah itu. Selepas pertunjukan fesyen, saya menghadiri sebuah lagi event dan ketika itulah ada yang bertanya.

"Individu tersebut meminta pengesahan adakah saya terlibat dengan pertunjukan fesyen, tapi di media sosial tidak ada yang tagged jenama saya di gambar dan sebagainya.

"Kemudian ada juga yang Direct Message di Instagram bertanya perkara serupa. Jadi saya agak terkejut dan terkilan.

"Maklumlah saya sudah menyertai pertunjukan fesyen dan sebagainya, tapi seperti tak perasan dengan kewujudan saya," jelasnya.

Ditanya adakah dia akan meneruskan kerjasama dengan Starvilion, Izzue berkata, dia bagaimanapun belum memutuskan perkara itu.

"Apa yang boleh saya katakan, ia masih dalam rundingan sama ada saya akan teruskan atau tarik diri.

"Cuma tadi perbincangan lebih kepada penjelasan mengapa isu yang saya bangkitkan itu terjadi," katanya.

Tambah Izzue, dia bagaimanapun tidak serik untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selepas ini dan berharap isu seperti ini tidak berulang lagi.

"Saya tak ada masalah untuk bekerja dengan mana-mana pihak. Cuma apa yang saya harapkan isu seperti ini tidak berlaku lagi.

"Kalau kena pada orang lain pun, saya pasti mereka juga terasa. Penting untuk kita menjaga nama masing-masing dan saya harap ia dijadikan pengajaran juga.

"Apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada yang datang semalam, yang support  Izzuexclusive dan teruskan menyokong produk tempatan," akhirinya.

Starvilion anggap isu selesai
Sementara itu, pihak Starvilion, enggan mengulas lanjut mengenai luahan yang di buat oleh Izzue.

Wakil syarikat terbabit yang juga Pegawai Perhubungan Awam Starvilion, Sakirin Shak atau dikenali Acha berkata, pihaknya menganggap segala isu yang berlaku telah diselesaikan.
Isu terkilan : Izzue Islam mohon maaf Isu terkilan : Izzue Islam mohon maaf Reviewed by Kakigosip on 05:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.