Isu rumah tangga, Noryn Aziz mohon beri masa

PENYANYI Noryn Aziz memohon sedikit masa ketika diminta mengulas mengenai situasi rumah tangganya bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

"Bagi Noryn masa sikit ya," tulisnya ringkas melalui aplikasi Whatsapp.

Tidak mahu menggangu Noryn yang mungkin perlukan ruang ketika ini, Kakigosip akur permintaan bekas anggota kumpulan Sister-Sister ini.

Terdahulu, Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati binti Abdul Aziz ini dilihat hadir di mahkamah syariah bersama suami sehingga mengundang pelbagai spekulasi berhubung status perkahwinan mereka.

Sementara itu, semalam Raja Kamarul Bahrin Shah telah memberi kenyataan memohon semua pihak menghormati privacy mereka ketika mereka menghadapi situasi serta suasana semasa kes berada di mahkamah syariah.

Menurut beliau, pada asalnya dia tidak berhajat untuk membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan, tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan pelbagai spekulasi dan andaian, adalah lebih wajar kenyataan dikeluarkan.

“Bagi menjawab pertanyaan tentang kehadiran kami di mahkamah syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkahwinan kami kepada mahkamah syariah.

“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke mahkamah syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya.

“Saya berpendapat, inilah jalan terbaik yang perlu diambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin. Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam isu rumah tangga kami ini,” katanya .

Noryn Aziz, 40, telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dalam satu majlis tertutup pada 22 Januari 2010 di Terengganu.  Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki Raja Bariq Umar Shah.s
Isu rumah tangga, Noryn Aziz mohon beri masa Isu rumah tangga, Noryn Aziz mohon beri masa Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.