Isu Ayam Tak 'Crispy': Juri MasterChef UK Tetap Pertahan Kenyataan

Tindakan dua orang juri rancangan realiti masakan Britain, MasterChef UK iaitu John Torode dan Gregg Wallace yang mengkritik masakan rendang oleh peserta kelahiran negara, Zaleha Kadir Olpin dengan alasan kulitnya kurang rangup telah mencetuskan kontroversi.

Komen yang diberikan dua juri itu sekaligus mengundang kemarahan pengguna media sosial serta menjadi topik perdebatan hangat bukan sahaja kalangan rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sehingga tanda pagar ‘gastrodiplomacy’ dan rendanggate’ menjadi tular.

Torode dan Wallace bagaimanapun mempertahankan kenyataan dalam penjurian mereka dengan memberitahu bahawa tersilap menggunakan istilah ‘rangup’ bagi masakan tradisional yang dimasak dengan ramuan ayam atau daging bersama rempah tempatan dan santan itu.

..

"Apa yang saya maksudkan ialah ia tidak masak. Ayam tersebut masih putih dan berdarah.

"Dia (Zaleha) bukan tersingkir kerana kulit ayam dimasaknya tidak rangup, sebaliknya disebabkan peserta lain memasak lebih baik,” kata Wallace dalam rancangan televisyen Good Morning Britain.

Sementara itu, Pengasas Makansutra, KF Seetoh yang juga pakar makanan jalanan Asia yang berpangkalan di Singapura menyifatkan komen juri berkenaan ibarat memberitahu bahawa burger seharusnya direbus.

"Mengkritik rendang ayam sepatutnya dimasak rangup samalah seperti memberitahu bahawa burger seharusnya direbus,” ujarnya.
Isu Ayam Tak 'Crispy': Juri MasterChef UK Tetap Pertahan Kenyataan Isu Ayam Tak 'Crispy': Juri MasterChef UK Tetap Pertahan Kenyataan Reviewed by Kakigosip on 20:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.